PENGGUNAAN KACA DAN SERAMIK:)

Kaca

  • Kaca ialah bahan keras yang lutsinar dihasilkan apabila silikat yang lajur disejukkan dengan cepat. Hal ini menyebabkan cecair sejuk lampau ini memejal dan penyusunan atom berlaku membentuk kaca.
  • Kaca yang paling ringkas ialah kaca silika terlakur. Kaca ini mengandungi silika, SiO2
     dengan sebatian-sebatian yang lain.
  • Jenis-jenis kaca, sifat dan kegunaannya dinyatakan dalam jadual di bawah.

Jenis kaca
Komposisi
Sifat istimewa
Kegunaan
Kaca silica terlakur
Silikon dioksida
§  Lutsinar
§  Tahan kakisan bahan kimia
§  Pekali pengembangan haba rendah
§  Boleh dipanaskan pada suhu tinggi
§  Tahan terhadap pertukaran suhu yang cepat
Kanta,cermin mata,radas kaca di makmal, alat memasak, gentian kaca, cermin teleskop
Kaca soda kapur
Ø  Silikon dioksida
Ø  Natrium karbonat
Ø  Kalsium karbonat
§  Lutsinar
§  Tahan kakisan bahan kimia
§  Pekali pengembangan haba tinggi tetapi tidak tahan haba (takat lebur rendah)
§  Mudah diubah bentuk
Kaca tingkap, mentol, elektrik, cermin, bekas kaca, botol.
Kaca borosikat
Ø  Silikon dioksida
Ø  Boron oksida
Ø  Natrium oksida
Ø  Aluminium oksida
§  Lutsinar kepada cahaya dan inframerah tetapi tidak kepada sinar ultraungu.
§  Takat lebur tinggi
§  Tahan kakisan bahan kimia
§  Pekali pengembangan haba rendah
Alat memasak, alat radas makmal seperti tabung uji, tabung didih, kelalang, bikar
Kaca plumbum
Ø  Silikon dioksida
Ø  Natrium oksida
Ø  Plumbum (II) oksida
§  Sangat lutsinar
§  Berkilat
§  Indeks biasan tinggi
§  Ketumpatan tinggi
Pinggan mangkuk, kaca kristal, barang hiasan, prisma.


Image result for glass plate

Image result for kaca mataImage result for kelalang konImage result for mentolImage result for glass containers

Seramik

  • Seramik meliputi bahan bukan logam yang terbentuk hasil daripada tindakan haba.
  • Seramik menjadi keras apabila dipanaskan pada suhu yang tinggi.
  • Seramik dibuat daripada tanah liat.
  • Komponen dalam tanah liat iaitu kaolin mengandungi alumino silikat terhidrat, Al2O32SiO2.2H2O yang merupakan tanah liat putih yang berkualiti tinggi.
  • Tanah liat merah mengandungi ferum (III) oksida yang menghasilkan warna merah pada tanah liat.
  • Maka, unsur yang tekandung dalam seramik ialah aluminium, Al silikon, Si dan oksigen O2.
  •  Kebanyakkan sangat keras, kuat, rapuh dan lengai secara kimia.
  •  Berbeza daripada kaca, seramik tidak dapat dikitar semula. Pepejal seramik tidak dapat dilebur semula disebabkan seramik sangat tahan haba.
Sifat Seramik dan Kenggunaannya

Sifat
Kegunaan
Contoh
Keras dan kuat
Bahan pembinaan
Batu-bata. Simen, jubin, paip bawah tanah, atap genting
Kelihatan menarik, tahan lama dan tahan karat
Bahan untuk barang perhiasan
Pasu porselin
Lengai secara kimia dan tahan karat
Perkakas dapur
Peralatan memasak, pinggan, mangkuk
Penebat elektrik
Membuat bahagian penebat dalam peralatan elektrik
Penebat dalam pembakar roti dan saterika, palam pencucuh dalam enjin kereta
Penebat haba
Lapisan penebat haba
Lapisan dalam relau
Lengai, keras dan tidak boleh dimampatkan
Peralatan pembedahan dan pergigian
Gigi, tangan dan kaki palsu
Semikonduktor
Mikrocip
Mikrocip dalam computer, radio dan televisyen

       Image result for LABU SAYONGImage result for BATU BATAImage result for mikrocip


                Image result for THE END GIF



Comments

Popular posts from this blog

BAHAN KOMPOSIT :)

AMMONIA DAN GARAMNYA :)

PENGGUNAAN POLIMER SINTETIK :)