PENGGUNAAN POLIMER SINTETIK :)

8.4:POLIMER SINTETIK

 ➤POLIMER

  • Polimer ialah sebatian dengan molekul berantai panjang yang terdiri daripada pencantuman banyak molekul kecil secara berulang-ulang.
  • Unit asas, iaitu molekul kecil yang berulang-ulang dalam polimer disebut monomer.
  • Pempolimeran ialah tindak balas kimia dengan banyak monomer dicantumkan untuk membentuk molekul besar yang berantai panjang (polimer).
Image result for pempolimeran
  • Terdapat 2 jenis polimer iaitu:
         ➜Polimer semulajadi - Wujud secara semulajadi.
                                               - Terdapat dalam benda-benda hidup seperti protein dan kanji
                                               - Contoh polimer dan monomer semula jadi diberikan jadual di                                                          bawah:


POLIMER SEMULA JADI
MONOMER (MOLEKUL KECIL)
PROTEIN
ASID AMINO
KANJI
GLUKOSA
GETAH
ISOPRENA
LEMAK
ASID LEMAK DAN GLISEROL
SELULOSA
GLUKOSA
ASID NUKLEIK
NUKLEOTIDA
       
CONTOH : PEMPOLIMERAN ISOPRENA KEPADA POLIISOPRENA (GETAH)


  ➜Polimer sintetik (tiruan) - Polimer buatan manusia yang dihasilkan daripada bahan kimia   
                                                   secara pempolimeran.
                                                 - Monomer sintetik diperoleh daripada petroleum yang telah    
                                                   melalui proses penyulingan berperingkat.
                                                 - Jadual di bawah menunjukkan contoh polimer sintetik,monomer
                                                   dan kegunaannya.


POLIMER
MONOMER
KEGUNAAN
POLITENA (POLIETENA)
ETENA
BEG PLASTIK, BEKAS PLASTIK, PERMAINAN PLASTIK
POLIVINIL KLORIDA, PVC
KLOROETENA ( VINIL KLORIDA)
PAIP AIR, BAHAN PENEBAT PENDAWAIAN WAYAR ELEKTRIK
POLISTIRENA
STIRENA
BAHAN PEMBUNGKUS, CAWAN DAN PINGGAN PAKAI BUANG
PERSPEKS
METIL METAKRILAT
KACA KESELAMATAN, LAMPU KERETA, KANTA
TERILIN (POLIESTER)
HEKSANA – 1,6 - DIOL
BENZENA – 1,4 – ASID DIKARBOKSILIK
PAKAIAN, KAIN LAYAR, TALI DAN JALA


Terdapat dua jenis proses pempolimeran iaitu: 
  1. pempolimeran tambahan 
  2. pempolimeran kondensasi

Pempolimeran Tambahan

  • Pempolimeran tambahan merupakan monomer-monomer tak tepu yang mengandungi ikatanganda dua antara atom karbon.
  • Monomer-monomer yang menjalani pempolimeran tambahan ditunjukkan di bawah.
Contoh : pempolimeran etena, C2Hkepada polietena




Pempolimeran Kondensasi

  • Pempolimeran kondensasi merupakan monomer-monomer yang mengandungi molekul kecil seperti air, dan ammonia terbebas semasa pempolimeran.
  • Monomer-monomer yang menjalani pempolimeran kondensasi ditunjukkan di bawah.
Contoh : Pempolimeran heksanadiamina kepada nilon

Kesan Kepada Alam Sekitar

         Polimer sintetik adalah tidak terbiodegradasi (tidak terurai oleh mikroorganisma) dengan mudah.
·         Pembuangan barang-barang plastik dengan sewenang-wenangnya akan menyebabkan:
o   Sistemperparitan tersumbat dan berlaku banjir kilat semasa hujan lebatImage result for banjir kilat
o   Kerosakan alam sekitar terutamanya di tempat rekreasi
o   Ancaman terhadap hidupan akuatik yang termakan plastik
Image result for HIDUPAN AKUATIK MAKAN PLASTIK
·         Botol dan bekas plastik yang terbiar dan tidak ditanam menjadi tempat pembiakan nyamuk, seterusnya tempat pembiakan nyamuk merbahaya iaitu nyamuk aedes.  
Image result for JENTIK JENTIK
·         Pembakaran polimer sintetik secara terbuka akan membebaskan gas beracun dan berasid yang boleh membahayakan kesihatan seperti:
o   Gas karbon monoksida, CO
o   Gas hidrogen klorida, HCl yang menyebabkan hujan asid apabila PVC terbakar
o   Gas hidrogen sianida, HCN yang beracun apabila nilorn dibakar
o   Gas karbon dioksida, CO2 yang menyebabkan kesan rumah hijau




LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN PENCEMARAN

  1. Gunakan plastik yang terbiodegradasi untuk mengurangkan pencemaran alam
  2. Kurangkan, gunakan semula dan kitar semula polimer sintetik yang terpakai
  3. Cegah pembakaran polimer secara terbuka
  4. Elakkan pemanasan plastik tanpa oksigen pada suhu 400oC-800oC kerana boleh menguraikan plastik secara pirolisis (penguraian kimia melalui tindakan haba)
  5. Cipta polimer terbiodegradasi. Polimer-polimer ini boleh diuraikan oleh bakteria

Image result for plastik terbiodegradasi


(THE END)
Image result for CARTOON SMILE GIF


Comments

Popular posts from this blog

BAHAN KOMPOSIT :)

AMMONIA DAN GARAMNYA :)