AMMONIA DAN GARAMNYA :)

Pengenalan:



Kegunaan Ammonia

Kegunaan ammonia dalam industri dan kehidupan:
    • untuk membuat baja bernitrogen.
    • sebagai bahan mentah untuk menghasilkan asid nitrik dalam proses Ostwald.
    • untuk ditukarkan kepada asid nitrik bagi membuat bahan letupan seperti trinitrotoluena.
    • untuk menghasilkan ammonium klorida sebagai elektrolit dalam sel kering.
    • untuk menghasilkan agen pencuci seperti serbuk pencuci dan detergen.
    • sebagai bahan penyejuk dalam peti sejuk.
KEGUNAAN UTAMA AMMONIA IALAH DALAM PEMBUATAN BAJA BERNITROGEN

Sifat-sifat Ammonia


Aktiviti
Pemerhatian
Sifat
     ·      Sedikit larutan ammonia cair,  NH3 (ak) dimasukkan ke dalam tabung uji.

     ·      Mulut tabung uji digoncang dengan perlahan dan baunya dihidu.
     ·    Bau sengit
Bau yang sengit
     ·      Kertas litmus merah,biru dan kertas pH dimasukkan ke dalam tabung uji yang berisi ammonia cair.
     ·    Kertas litmus merah berubah menjadi biru.

     ·    Larutan menunjukkan nilai pH 11.
Alkali lemah
     ·      Tabung uji yang mengandungi gas ammonia ditelangkupkan ke dalam air.
     ·    Aras air naik dengan cepat sehingga memenuhi tabung uji.
Sangat larut dalam air
     ·      Rod kaca yang telah dicelup dengan asid hidroklorik pekat didekatkan dengan rod kaca yang telah dicelupkan ke dalam larutan ammonia pekat.
     ·    Wasap putih yang tebal terbentuk.
Menghasilkan wasap putih yang tebal apabila bertindak balas dengan gas hidrogen klorida
















Pembuatan Ammonia

Image result for curious cartoon gifPernahkah anda tertanya-tanya bagaimanakah ammonia dihasilkan?
Untuk pengetahuan anda:
  1.  Ammonia, NH3 dihasilkan dalam industri melalui satu proses yang dikenali sebagai PROSES HARBER.
  2. Bahan-bahan mentah untuk penghasilan ammonia, NH3 ialah gas nitrogen dan gas hidrogen.
  3. Gas nitrogen diperoleh daripada penyulingan berperingkat ke atas udara cecair.
  4. Gas hidrogen diperoleh daripada gas asli.
  5. Dalam proses Haber, campuran yang terdiri daripada 1 mol molekul ammonia dihasilkan apabila 1 mol molekul nitrogen ditindakbalaskan dengan 3 mol molekul hidrogen dimampatkan di bawah tekanan 200 atm.
  6. Campuran gas ini kemudian dimasukkan ke dalam ruang tindak balas iaitu mangkin besi pada suhu 450

    º

    C 
    yang bertindak sebagai mangkin untuk meningkatkan kadar tindak balas.
  7. Gas ammonia yang terhasil disejukkan pada suhu -50

    º

    C  s
    ehingga menjadi cecair ammonia.Gas itu diasingkan bagi meningkatkan peratusan penghasilan ammonia.                                                         
  8. Gas nitrogen dan gas hidrogen yang tidak bertindak balas dipam semula ke kebuk mangkin untuk ditindak balas.
  9. Rajah di bawah menunjukkan proses pembuatan ammonia melalui proses Harber. 
Image result for proses haber
Pembuatan ammonia, NH3 melalui proses Harber 


Penyediaan Baja Ammonia

-Seperti yang telah diterangkan tadi anda telah mengetahui bahawa kegunaan utama ammonia
  ialah dalam pembuatan baja bernitrogen.
-Tidakkah pula anda tertanya-tanya bagaimana pula ammonia boleh menghasilkan baja???
-Mari kita baca dan fahami penerangan di bawah:
  • Baja ammonium ialah baja bernitrogen yang dapat membekalkan unsur nitrogen untuk tumbuhan.
  • Baja-baja ammonium yang dihasilkan melalui tindak balas peneutralan antara larutan ammonia, NH3 dengan larutan asid.
  • Semakin tinggi peratusan nitrogen dalam suatu baja ammonium semakin bagus baja tersebut.
  • Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis baja ammonium:


Berdasarkan jadual di atas Urea merupakan baja ammonium yang terbaik :)
Related image

Comments

Popular posts from this blog

BAHAN KOMPOSIT :)

PENGGUNAAN POLIMER SINTETIK :)