ASID SULFURIK :)


Hai rakan-rakan. Saya ingin menerangkan penghasilan asid sulfurik.

Asid sulfurik merupakan bahan kimia industri yang deperlukan untuk pembuatan bahan kimia yang lain.

Sebelum itu, mari kita pelajari kegunaan asid sulfurik:

  1.  untuk membuat baja ammonium sulfat
  2.  untuk membuat sabun dan detergen
  3. untuk membuat racun serangga
  4. untuk membuat pigmen cat
  5. untuk menggelapkan warna pada bahan kulit
  6. sebagai elektrolit dalam bateri kereta


  - Sebahagian besar asid sulfurik digunakan untuk membuat baja
  • Baja kalsium hidrogen fosfat (superfosfat),  Ca(H2PO4
  • Baja ammonium sulfat (NH4)2SO4
  • Baja kalium sulfat K2SO4

 - Detergen merupakan agen pembersih. Asid sulfurik bertindak balas dengan hidrokarbon
 untuk menghasilkan asid sulfonik yang dineutralkan dengan natrium hidroksida, NaOH untuk menghasilkan detergen.

Penggunaan asid sulfurik di makmal sekolah :
  • sebagai asid kuat
  • sebagai agen pengering
  • sebagai agen pengoksidaan
  • sebagai mangkin
Disekeliling kita banyak benda yang kita gunakan merupakan bahan buatan industri.

Asid sulfurik diperlukan dalam kebanyakan pembuatan bahan kimia.

Adakah rakan-rakan tertanya-tanya bagaimanakah asid sulfurik dihasilkan??

Mari kita lihat rajah di bawah.

Penghasilan Asid Sulfurik

Nama proses : proses sentuh
Bahan : Sulfur (atau mineral sulfida), udara dan air

Proses penghasilan asid sulfurik mengandungi 4 peringkat:

Rajah : Proses Sentuh


  •  Melarutkan sulfur trioksida, SO3 dalam air secara terus tidak dapat dilakukan kerana tindak balas ini akan menghasilkan tenaga haba dan wasap asid sulfurik, H2SO4 yang banyak. Wasap ini mengakis, tidak mudah dikondensasikan dan mencemarkan udara.




THE END


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

BAHAN KOMPOSIT :)

PENGGUNAAN POLIMER SINTETIK :)

AMMONIA DAN GARAMNYA :)