ALOI~~

Image result for cartoon gif
HAI KAWAN-KAWAN!!!!

BERTEMU KEMBALI DALAM BLOG KIMIA SAYA~~

SAYA AKAN MENERANGKAN TENTANG ALOI.


PENGENALAN:

Related image
  • Pernahkah anda terfikir bahawa logam-logam yang sering kita lihat seperti duit syiling bukan hanya dibuat daripada satu jenis unsur logam.
  • Bahan-bahan logam seperti duit syiling tersebut telahpun dicampur dengan unsur-unsur lain yang dikenali sebagai ALOI.
  • Mari kita pelajari tentang logam tulen dan aloi.

LOGAM TULEN

1. Logam tulen mempunyai sifat-sifat yang berikut:

    Image result for cartoon with glass gif
  • Ketumpatan tinggi
  • Konduktor elektrik dan haba yang baik
  • Mulur
  • Boleh ditempa
  • Berkilat
  • Takat lebur dan takat didih yang tinggi
2. Logam tulen terdiri daripada satu jenis atom sahaja dan mempunyai saiz dan bentuk yang sama.

3. Dalam keadaan pepejal, atom-atom ini tersusun secara padat dan teratur.

Image result for atom logam tulen4. Apabila daya dikenakan, lapisan atom mudah menggelongsor di antara satu sama lain. Oleh itu, logam tulen bersifat mulur iaitu boleh ditarik.

5. Apabila ditarik atau ditekan, atom-atom logam tulen menggelongsor untuk memenuhi ruang kosong di antara atom-atom logam. Oleh itu, logam tulen boleh ditempa, iaitu boleh diketuk menjadi pelbagai bentuk.


ALOI

    Image result for atom logam tulen
  1. Aloi adalah lebih keras daripada logam tulennya.
  2. Kehadiran atom asing yang lebih besar telah mengganggu susunan logam tulen yang teratur.
  3.  Oleh itu, gelongsoran antara lapisan atom menjadi semakin sukar. Hal ini menjadikan aloi adalah lebih keras berbanding logam tulennya.
  4.  Aloi ialah campuran dua atau lebih unsur dengan komposisi yang tetap dan komponen utama ialah logam.
  5. Aloi boleh mengandungi campuran logam dengan logam atau campuran logam dengan bukan logam.
  6. Proses mencampurkan atom asing kepada atom logam tulen dipanggil pengaloian.
  7. Tujuan pengaloian ialah:-
  • menambah kekuatan dan kekerasan logam
  • mencegah kakisan logam
  • merperbaiki rupa logam tulen

MARI KITA LIHAT JADUAL DIBAWAH ANTARA CONTOH-CONTOH ALOI DAN KEGUNAANYA:-



~SEMOGA BERMANFAAT~

~TAMAT~

Image result for cartoon bye gif







Comments

Popular posts from this blog

BAHAN KOMPOSIT :)

PENGGUNAAN POLIMER SINTETIK :)

AMMONIA DAN GARAMNYA :)